Friday, February 12, 2010

Part 5: Itulah Sinar

Sampai ke pejabat. Aku terus ke bilik mesyuarat.

"Eh Elly, kenapa lambat?" Tanya bos aku, Encik Hakim.

"Errrr.."

"Ko buat apa Elly? Nak kata kawin belum..kalau kawin tu aku fahamlah..." Perli si Hatta mulut longkang.

Buat naik angin saja Hatta ni!! Jerit aku dalam hati.

"Err sorry lambat..I terlajak". Itu saja yang mampu aku katakan.

"Ok Elly... You sit here..come..come..."

Aku tersengeh-sengeh. Memang aku pekerja favourite bos aku. Tiba-tiba terasa bangga. Padan muka ko Hatta, mulut longkang sangat!

Perbincangan memakan masa 4 jam. Aku ditugaskan untuk membuat design montage untuk projek baru.

Wah!! Ini adalah peluang besar untuk aku ketengahkan idea aku!! Mana tahu saham aku melonjak-lonjak lepas ini!

Aku dah mula berfikir konsep apa yang aku nak ketengahkan untuk montage projek ini.

Memang aku suka projek ini. Mungkin aku boleh mencipta nama sampai ke luar negara. Memang itulah yang aku impikan selama ini.

Walaupun aku masih percubaan lagi, bos aku sudah memberi tanggungjawab yang besar untuk aku memikul.

Aku mahu sahut cabaran ini!!

Sedang aku berangan, telefon aku berbunyi..Alamak Is!! Dah pukul 1 ke?? Bisik aku dalam hati.

"Hello..You...I turun...turun.." Cepat je aku jawab. Malas nak dengar bebelan Is.

"Kenapa lambat ni...Perut I lapar tahap goyang Inul dah.."

"Eh You layan Inul ke?" Aku tergelak besar.

"Tak la. I selalu dengar makcik cleaner pasang kat handphone diaorang time diaorang rehat".

"Oh kira you layan juga la.." Aku gelak tak mahu mengalah, bunyi seakan mengejek.

"Dah la, orang lapar...dia main-main pula".

Aku seperti biasa memesan white coffee hezulnut blanded dan makan pula aku memilih nasi lemak rendang ayam.

Dah la tak makan nasi pagi tadi. Perut dah goyang Inul bak kata Is. Bisik dalam hati, geli hati aku dengar goyang Inul terpancul dari mulut Is.

Is pula memesan cappuccino blanded dan nasi, kari ayam.

"Eh!! You tak cerita lagi kenapa You lambat"

"Ala semua nak cerita ke? ok ok..erm..tadi bos I bagi projek besar kat I!!!" Jerit aku riang.

"Wow. Projek apa tu?"

"Design and create montage!!"

"Hah!! You kerja designer ke? Wah tak sangka I berkawan dengan designer lawa ...!!"

"Erm..You ni suka puji I.."

"Tak apalah..I puji orang yang I suka.."

Senyuman dan lirikkan mata Is sangat menenangkan hati aku. Adakah dia lelaki pilihan hatiku. Hati ku tertanya-tanya..Eh mungkin dia sudah ada makwe!! Tak terfikir lak aku ke arah itu!! Tiba-tiba, perasaan menjadi takut!



Bersambung....

9 comments:

Jojo Algojo said...

nice writing

Bai said...

jojo algojo :thanks :)

NaniRostam said...

Wah....dah jatuh hati ke? Siapa gerangan yang bertuah tu...Ohh sajak pasal mulut busuk tu....bai nak copy ke.....link kak nani tau...

Bai said...

naniRostam~ tunggu episod seterusnya..hehehe..ok no prob~ thanks :D

syafiq_ghani45 said...

Post yg menarik. =) .. to all bloggers, jangan lupa view n follow blog ini
syafiq a ghani.blogspot.com :)

Aida a.k.a Beardot said...

alamak napa xbukukan aje..mesti laku...

Bai said...

syafiq : terima kasih. ok nanti terjah

Aida : bukukan? alamak! belum masanya lagi..hihihi

CRAZYBEAUTIFUL88 said...

menarik

Bai said...

Crazybeautiful88 : thanks :D