Friday, April 16, 2010

Part 7 : Itulah Sinar

Pukul 11 pagi aku pergi klinik untuk ambil MC dari doktor. Menyesal pula menangis sampai bengkak mata. Tapi, kalau aku pergi juga kerja mesti Hatta si mulut longkang itu mengejek aku.Pasti aku kena bahan!

Oh!! Telefon bimbit!! Baru aku teringat nak tengok telefon. Mana tahu ada panggilan kecemasan dari kampung ke...

Tak lain tak bukan nama Is tertera!! 20 misscalled, banyak kali mamat ni call!!! Apa aku nak jawab ni? Argh biarlah. Cakap sahaja aku tidak sihat.

Tiba-tiba, teringat mak kat kampung. Pantas aku menekan nombor mak.

"Assalammualaikum mak.."

"Waalaikumussalam...eh Elly, ko tak kerja ke hari ni? Napa suara ko lain? Ko tak sihat ye??" Tanya emak bertubi-tubi.

"Mak ni macam polis. Tanya banyak-banyak soalan. Polis kalau telefon mak pun terkejut. Banyak sangat soalan.." kata aku sambil ketawa.

"Emm...perasaan Elly tak elok lagi mak. Masih ingat arwah Fikri..." Aku tidak boleh menipu mak. Mak lah tempat mengadu setia aku.

"Elly...orang dah pergi, biarlah dia pergi Elly. Eh kalau ko nak anak penghulu tu mak boleh suntingkan.." Mak seolah memerli.

"Eee mak ni, perempuan lak terhegeh. Ada-ada je.." Aku tahu mak sahaja nak buat aku ketawa.

"OK la mak. Jaga diri bebaik eah...hujung minggu Elly balik. Mak masak pucuk paku campur udang pedas ya. uuuuiii leleh air liur Elly ni mak. Cepat lah hujung minggu.."

"Kau ni Elly tak boleh tengok mak senang. Yelah nanti mak suruh ayah ko carikan pucuk paku..Nanti kita cit cat cit cat ya?"

Ketawa aku bila mak berkata begitu. Pandai pula orang tua ni menggunakan ayat 'cit cat' tu..


Lepas aku mengambil MC, aku berjalan-jalan di Mid Valley. Gila berani. Kalau ada orang nampak, habislah!! Sure diaorang ingat aku ponteng kerja. Pandailah cover!! Bebel aku dalam hati..

Ada sedikit lucu, dulu aku kutuk orang pakai sunglasses dalam shopping mall. Ni aku pula. Nak cover mata bengkak, pakai je la sunglasses ni satu hari. Dalam shopping mall pun shopping mall la.

Tengok dah pukul 4 petang. Terasa kering pula tekak. Aku ke foodcourt Mid Valley. Dapat Laicikang sedap ni...

Tiba-tiba, bahu aku ditepuk. "Hai Elly!!!!"

Alamak macam kenal je suara tu!!! Is!!!! Macam mana pula mamat ni ada kat sini. Adoi!!!!

"Eh Elly apsal you nak lari ni.. you kan Elly kan...kenapa you pakai sunglasses ni?? You kena tumbuk eah??"

Aduhai mamat ini banyak soal pula!!!! Kepochi semacam pula...


bersambung...

Thursday, April 15, 2010

part 6 : Itulah sinar

Balik kerja, aku terus manjakan diri aku di bilik air. Biar penat hilang, dek air suam-suam kuku itu. Terasa sunyi. Adilla tiada. Mulalah aku rasa tiada arah.

Sesudah sembahyang Asar, aku baring di atas katil. Menelek purse yang tiada isi. Namun, aku tersentuh apabila aku terpandang sekeping gambar yang masih aku simpan. Gambar arwah Fikri....

Walaupun Fikri telah pergi, jauh di sudut hati aku nak buang dia dari diri aku. Aku tetap sayangkan dia..

Airmata mengalir teringatkan arwah Fikri. Tergamak orang bunuh dia disebabkan aku. Yang membunuh Fikri adalah keluarga dia sendiri! Semua sebab aku! Sebab aku!! Sebab aku!! Aku meraung keseorangan.

Kalau aku jauhkan diri aku dengan Fikri. Menarik diri terlebih dahulu, pasti peristiwa ini tidak terjadi.Salah aku!!!!


Keluarga Fikri tidak sukakan aku kerana keturunan aku! Tapi perlukah aku buang ayah, mak aku!! Perlukah aku buang Fikri. Yang mana, semuanya orang yang aku sayang....Oh Tuhan. Kenapa dunia terlalu kejam. Kenapa!!!

Kenapa sampai begitu sekali mereka benci aku!!Kenapa!!Sanggup ayah Fikri mengacukan pisau ke dada anaknya. Fikri tidak putus membela aku. Sampaikan ayahnya terlalu mengikut perasaan dan menikam Fikri.

Semuanya tidak terjawab. Berlaku terlalu pantas. Berlaku tanpa rela...Oh Fikri aku rindu akan dikau..Air mata mengalir membasahi pipi.


Telefon bimbit aku berbunyi. Tetapi..aku malas. Malas untuk melayan semua panggilan.

Mood aku tidak stabil waktu itu.. Aku melayan perasaan, sampai aku terlelap di atas katil..


****

"Elly!!! Elly!! Bangun!!! Dah Subuh ni!!!" Adilla menepuk-nepuk badan aku. Aku tengah mamai-mamai lagi menyapu-nyapu mata yang tidak gatal.
"Dah subuh ni Elly!!!"


"Ya Allah Dilla dah Subuh!! Aku tertidur petang semalam sampai ke pagi?Ya Allah Dilla!! Nape ko tak gerak aku?"

"Ko lena sangat semalam. Tak sanggup aku nak gerak...Eh mata ko bengkak. Ko sakit mata ke? Ke ko nangis?? ha!!"

"Ye ke?" Aku buat-buat tanya kepada Adilla.

"Aku sakit mata kot Dilla. Aku taknak pergi kerja la. Macam tak sihat...Cuba ko rasa badan aku?" Aku bagi alasan. Sesungguhnya mood aku masih tidak elok. Terlalu susah aku nak melupakan arwah Fikri. Aku perlukan rehat. Untuk sementara waktu, bukan terlalu lama. Aku juga ada kerjaya. Aku perlu fikir kerjaya aku.

"Emmm panas sikit..ye la ko amiklah MC..eah? Pergi sembahyang dulu.." Kata Adilla setelah rasa suhu di belakang badan aku.

Dengan lemah longlai aku pergi ambil air sembahyang.. Sempat lagi aku curi pandang mata aku. Ah ah la bengkak gila! Padanlah Adilla tegur tadi!! Ya Allah!!

Lepas Subuh, aku mengelamun lagi. Perlukah aku begini sepanjang hayat aku?

Aku pejam mata rapat-rapat dan buang segalanya. Aku merenung di luar jendela. Aku hirup dalam-dalam udara pagi. Sungguh tenang..




bersambung.....