Tuesday, May 18, 2010

Part 8 : Itulah Sinar

Ye I Elly. Endah tak endah aku jawab. Malas betul layan orang, nak-nak mood aku tengah tak elok ni. Ada yang kena maki kejap lagi.

"Elly Elly..."pelahan dia menyebut nama aku tapi ketawa terbahak-bahak.

"You apahal nak gelak sakan ni. Terkena loteri ke?"

"Ok Ok garang gila you ni... You tu lawak...tengah minum laicikang pun nak pakai cermin mata hitam!!" Is ketawa lagi. Kali ini memang ketawa perli. Saja dia sebut cermin mata sebab, nak perli aku.

Memang ada kelakar di situ. Tapi aku nak buat macam mana, dah mata bengkak. Malu aku. Malu.

"Dah la bukak lah cermin mata tu..."

"Erm...". Aku tunduk...

"Ok I tak gelakkan you...I promise..kenapa ni Elly? You tak kerja?".

"Tak..". Kenapa waktu ini seakan tak boleh sembunyikan perasaan aku. Mahu saja airmata ini mengalir..tapi tahan Elly..tahan..

"Meh I bukak cermin mata hitam tu...", Tangan Is terus menarik sunglasses. Kelihatan Is terkejut. Aku terus capai handbag lalu meningalkan Is dengan penuh tanda tanya.

Tak sanggup rasanya untuk melihat muka Is. Is hanya biarkan aku berlalu pergi. Mungkin dia tergamam dengan keadaan aku yang sebegitu. Mata ku bengkak dan lebam. Teruk sangat!! Teruk!!

Sampai di rumah, aku hanya termenung dan menuam mata aku, supaya mata yang bengkak itu beransur seperti sedia kala.

Handphone aku capakkan di atas katil. Aku membiarkan sahaja ianya berbunyi. Mungkin Is.

Tiba-tiba pintu rumah terbuka. Aku biarkan sahaja. Pastinya Adilla.

Aku teruskan mengelamun di dalam bilik.Adilla jarang sekali mengganggu aku jika pintu bilik aku tertutup.



bersambung...

No comments: