Friday, February 12, 2010

Part 4 : Itulah Sinar

Lagu carzy frog telah membuatkan aku terkejut. Itulah alarm untuk kejutkan aku pagi-pagi. What?? 8.00 pagi. Aku lambat!!! Matilah aku kali ini, dah lah ada mesyuarat unit aku, high prority pula tu. Mesti jatuh reputasi aku sebagai pekerja. Dah la aku baru mula bekerja tempat baru. Dalam status dalam percubaan lagi. Adoila!! Ini semua gara-gara Is! Kalau aku tak bergayut dengan dia malam tadi, mesti tak lambat!

Dilla dah pergi kerja. Kenapa aku tak sedar!!! Grrr!! Kebiasaannya Dilla tidak akan gerak aku. Kecuali aku dah pesan kat dia suruh gerak.

Aku terus tergesa-gesa bersiap. Mandi ala kadar. Memang mati kali ini. Lantaklah mandi ala kadar pun, aku spay perfume banyak-banyak!

Aku sempat capai milo kotak dalam peti ais, untuk alas perut.

Sampai je kat bus stop, teksi tak ada pula. Memang susah la nak dapatkan teksi waktu ini.

Tiba-tiba ada kereta Honda Civic berhenti. Aku nampak bayang-bayang Is.

What?? Dah la sebab dia aku lambat!! Bebel aku dalam hati.

"You jom naik dengan I. I tahu you lambat. Jom jom. Jangan nak jual mahal!"

Dengan tak fikir apa lagi, lalu aku buka pintu kereta. Memang dah lambat pun terpaksalah aku tumpang dia. Punyalah muka tebal aku naik kereta dia. Tapi dia sangat smart hari ini! Sekadar memakai seluar khakis dan kemeja hitam tapi sangat memukau mataku!

"You..I lambat...laju sikit boleh?" Akhirnya aku bersuara.

"Eh dah la naik kereta orang, suruh bawa laju pula.."

"Ala bebel pulak..kalau tak ikhlas nak tumpangkan cakaplah...tak payah nak berkias-kias"

"Merajuk la tu. Sensitif! Ok I bawa laju-laju. Tapi ada satu syarat.."

"Apa dia??" Tanya aku garang.

"You mesti...pegang lengan I kuat-kuat..boleh?"

"Kenapa pulak?"

"Takut You tercampak!!" Sambil gelak besar.

"Errr.. tak lawak lah!! so annoying!!"

"Oklah I nak...You makan dengan i... lunch nanti boleh?" Tanya dia bersungguh-sungguh.

"Erm......"

"Please..please.."

"Ok lah!! Kat Old Town bawah pejabat I pukul 1 ok?"

Dia mengangguk..

sedar tak sedar, aku dah sampai depan pejabat aku.

"Thanks you....lunch nanti jumpa.." kataku sambil kenyit mata pada Is. Sengaja aku berkelakuan nakal.

Aku nampak Is tersenyum malu dan aku berlalu pergi...

"Boleh tahan juga minah ni..." bisik Is...



bersambung....

No comments: