Monday, January 18, 2010

Part 2 : Itulah sinar...

"Hai you...." sapa jejaka itu. Aku tersipu-sipu malu senyum sambil mengelap air peluh aku yang mencurah-curah. Sambil maki hamun dalam hati, siapa suruh kayuh laju-laju tadi. Dah keluar semua peluh! Tak handsome dah muka aku!

"You? I sapa you..tak jawab pun..Sombong lah.. I dah lama perhatikan you tau.." Lembut suara jejaka itu menyapa aku sekali lagi setelah tiada jawapan dari aku.

Oh my god!! perhatikan aku? desis dalam hati. "Err..bukan cuma I terkejut...I tengah cari nafas you datang...". Jawab aku dengan tercungap-cungap. Kesal. Macam tak logik jawapan aku tadi. Malu sendiri.

"Kenapa senyum?" Jejaka itu mencuri khalayan aku. "Tak ada apa-apa. Just ...erm masih lagi terkejut. Ingat siapalah datang tegur I".

"Terkejut? Why? Sebab tengok jejaka hensem macam I ni sapa you ke?". Sambil tersenyum. Bibirnya manis mengukir senyum. Aku terpikat!

"Eeee...perasan juga you ni ya? So buat apa kat sini?"

"I saja jogging ambil angin...You sorang ke?"

"Tak la..dengan my friend Adilla...Eh eh ..you kata you dah lama perhatikan I dari jauh kan? Bila masa pula you usha I ni..?" Aku ingin kan jawapan. Pasti boleh buat aku bahan berangan balik nanti!

"I selalu je usha you lalu depan rumah sewa I...You jalan ternonong-nonong..," katanya sambil ketawa.

"Buruk sangat ke I jalan you?"

"Buruk gila macam orang utan... Tak sangka I, gadis cantik seperti you jalan macam tu..Lain kali jalanla elok-elok..agar nampak lagi manis.."


"Eh you, biar betul? I catwalk apa..."

Aku dan dia ketawa sama-sama. Terasa bahagia datang datang kembali..

Tiba-tiba bahu ku di tepuk. "Sakit lah!! Ko ni agak-agaklah nak tepuk pun.. Ni sampai nak jatuh jantung aku dibuatnya". Marah aku kepada Adilla. Main hentam je nak tegur. Kacau daun sungguh!

"OOooo padanlah ko lambat je..rupanya tengah rancak berborak ya. Kesian aku. Badan dah macam biskut marrie cicah dengan air milo dah". Rungut Adilla.

"Eh kenapa pulak?"

"Ye la..berpeluh la tunggu ko lama sangat". Adilla dah tunjuk muncung sebatu.

"Heh sorry I yang salah. I yang tegur your friend..erm.."

"Elly..". Jawab Adilla acuh tak acuh

"Ya...er.. Elly.." kata jejaka gagap.

"Dah lama borak pun tak tahu nama..pelik aku". Aku sempat menutup mulut si Adilla yang cabul tu.

"Erm..Apa kata kita pergi minum kat gerai Nasi Lemak Panas Pak Wan tu..Boleh kita berborak ". Pelawa jejaka itu.

"Nasi lemak!! Wau..sedapnya!! Aku dah lapar ni Elly..Jom la Elly.. ko belanja eah. Sebab aku tunggu ko lama". Kata Adilla sambil tersengih-sengih.

"Tadi kemain lagi macam singa..ni suruh aku belanja pulak!". Ketawa jejaka itu melihat gelagat kami.

Macam tu lah aku dan Adilla. Macam anjing dengan kucing. Tak ada siapa yang boleh memisahkan kami. Dia lah sahabat ku!

"Ok ok. Apa kata I belanja you all. Jom! Oh ya my name is Iskandar..can call me Is..". Kami berjalan beriringan. Menuju ke tempat sewa basikal. Selepas itu baru kami sama-sama ke gerai Nasi Lemak Panas Pak wan.

"buat susah-susah je yooo...........". Belum aku habis cakap, Adilla da sengkang kaki aku. Nyaris jatuh! Ish Adilla ni, kalau bab makan cepat je..Nasib baik aku sayang ko Adilla. Kalau tak dah lama aku sula. Getus aku dalam hati.

"Boleh boleh.. I lapar sangat..". Dengan nada manja.

Sampai ke gerai Nasi Lemak Panas Pak Wan, aku dan Is mencari tempat duduk. Adilla seperti biasa terus mengadap tempat mengambil nasi lemak.

Aku melihat aksi Is, tersenyum-senyum tengok gelagat Adilla.

"Jom kita ambil nasi lemak pula..." lembut saja kelua dari mulut Is mengajak aku setelah Adilla kembali ke tempat kami.

Aku melihat Is. Caranya ada la sikit ciri-ciri jejaka aku minat. Terpaku bila melihat Is, mengambil rendang limpa..

"Eh you makan limpa ni?"

"Makan la..Fav I. Nape you rasa pelik. Tiap kali I datang sini.. Mesti I ambil redang limpa.."

Tiba-tiba aku teringat seseorang. Seseorang yang telah pergi jauh. Sesorang yang pergi tanpa kerelaan hatinya. Seseorang yang pergi atas kekejaman orang lain...



bersambung...

4 comments:

Mohd Hazril said...

Next chapter???

Bai said...

tunggu!!! :P

Anonymous said...

wait a second..i thought i've read this somewhere..seriously...ah maybe i've too much i confused..

Bai said...

anonymous : no. may be kebetulan. its come from my idea...