Wednesday, January 6, 2010

part 1 : Itulah Sinar

Ku dilamun cinta? Apakah ini ianya terjadi? Aku sendiri tidak pasti. Ianya tiba-tiba datang dalam hati kecil aku.Aku tidak boleh menahan lagi perasaan itu. Tidak boleh! Tidak boleh!


Tapi bagaimanakah aku hendak menyatakan perasaan ini. Sedangkan dia tidak tahu perasaan hatiku. Oh Tuhan, perasaan apakah ini?


Tiap kali dia datang kepadaku, tiap kali itu juga jantung aku berdegup kencang. Heh.
Jejaka yang tinggi, putih dan berbadan sasa itu berjaya memikat hati aku di saat aku terlalu memerlukan seseorang.Saat aku rapuh untuk menghadapi semuanya dalam kehidupan ku.


Tapi aku malu hendak menyatakan.. Arghh biarlah. Tapi aku akan rugi.


Fikiran aku berkecemuk. Perlukah aku memikir soal cinta buat masa ini? Sedangkan cinta lah yang boleh membunuh hidupku dulu. Namun, bagi aku cinta bukan penghapus segala.


"Hoii!! Ko ni mengelamun je lah!! Ko fikir apa? Asyik-asyik termenung je. Jom jalan-jalan?" Aku hanya berdiam dengan teguran Adilla. Entah kenapa hati aku sepi.Sepi. "Aku taknak ko jadi macam ni..sudah lah yang pergi takkan kembali". Di saat ini, hati aku rapuh. Akhirnya air mata ku jatuh di hadapan Adilla. "Sudah lah orang tu dah mati..biarlah dia pergi dengan tenang".


"Aku sedih la ila..Sedih sangat. Kenapa tuhan nak tarik dia ketika aku hendak mengecapi bahagia. Kenapa?". Adilla terus memelukku dengan penuh rasa kasih sayang. Bagi aku dia lah sahabat sejati.


"Tu si Adi tu macam nak kat ko je.. Ko taknak ke? Terubat sikit rasa rindu tu..hihi" Adilla cuba membuatkan aku tersenyum. Tapi malang sekali tidak berjaya. "Ok-ok aku main-main je...Eh jom jalan-jalan. Mana tahu boleh usha mamat main bola tu".


Tiba-tiba, mata aku bersinar. Adakah maksud Adilla, lelaki yang tinggi berbadan sasa itu? "Aku suka yang rambut kerinting tu..comel la..yang ko senyum-senyum ni kenapa?" Oh sangkaan ku meleset sekali. Aku malu sendiri dan lega, mana tahu Adilla suka budak laki yang aku minat tu..haish potong stim saja!!


"Tak paham la ko ni..kejap murung,kejap senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang...gila agaknya kawan aku ni". "Ok-ok jom!!" Adilla menggeleng-gelengkan kepala dan menyuruh aku siap.



Aku hanya memakai singlet kuning dan cardigan kelabu, dipadankan dengan jeans lusuh. Cukuplah, tak payah beriya pakai cantik-cantik. Sempat aku sambar topi Esprit. Menutup sikit rambut ku yang panjang dan ikal itu.


"Eh ila..jom naik basikal nak?". "Ala ko ni..asyik-asyik basikal..Aku malas lah nak naik basikal. Susah nak kayuh. Kaki aku pendek, gemuk lak tu". Aku hanya tersenyum lalu pantas mangambil basikal yang di sewa di tasik itu. "Ko tunggu la eah..kejap je".


Tiba-tiba aku nak melepaskan perasaan. Kayuh laju-laju. Sampai di satu tempat aku rasa teramat letih dan tak cukup nafas.Aku berhenti dan berehat sebentar.


Tiba-tiba, aku dengar tapak kaki mendekati aku.Aku toleh dan melihat dengan muka merah dan hidung kembang kempis cari oksigen. Hah!! Jejaka ni lah. Alamak mati lah aku..


bersambung.. :D

3 comments:

IxoR@ said...

Pandai susun ayat menjadi cerita...

Suspen sy baca cerita ni lagi2 melibatkan hati....

;)

Bai said...

IxoR@ : huhuhu baru je berjinak...hihihi...nanti saya update ..neway thanks sudi baca :D

Anonymous said...

bai:Maaf lah kalau saya mematahkan semangat bai nak menulis.Penulisan bai..bagus ayat tersusun jalan cerita cantik menarik..cuma..penggunaan kata ganti diri pertama"Aku"tu kalau buat novel mg kurang dpt sambutan..saya sndiri tidak akan membeli kalau novel tu menggunakan kata ganti diri pertama "Aku"maksudnya watak utama tu yang bercerita.Sb tu kebanyakan novel yg laris di pasaran 98% akan menggunakan jalan cerita "bercerita"..bai boleh fhm x maksud sy...Ok bai teruskan menulis.....walaubagaimana pun sy tetap membaca cerita ini..