Tuesday, January 26, 2010

Part 3 : Itulah Sinar

Aku pulang ke bilik dengan hati yang gembira.

"Hoi! Ko ni dah kenapa asyik sengeh dari tadi. Ko suka mamat tu ya?", kata Adilla menghentikan aku.

"Erm..aku memang suka mamat tu.. ada sikit perangai dia macam arwah Fikri. Tapi ntah la Dilla.. Aku rasa macam cepat je aku hati aku nak cari pengganti Fikri. Hati aku masih lagi pada Fikri..", akhirnya aku meluahkan apa yang terbuku di hati ini. Sememangnya, aku sedih sangat Fikri pergi dengan keadaan macam tu.

"Tak pa la Elly. Ko bagi peluang hati ko terima orang lain..yang pergi biarlah pergi..Walaupun perit..ko kena cari pengganti

Fikri..Malas dah aku layan ko dengan perasaan ko tu.. ", kata Adilla dengan nada mengejek.

"OOo.. Dah boring ye.. Kalau aku takda mencari plak ko nanti", kataku sambil jelir lidah kepada Dilla. Kami tertawa.


Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis di dalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi di dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan kau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo
Aku cinta ooohhhhhh
Aku cinta oooooooo

Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku
Ooooo


Tiba-tiba lagu Hanya kau yang mampu dimainkan di radio.

Hati ku rasa sayu. Sesungguhnya lagu ini menyentuh jiwa dan perasaan aku.

Secara automatik, air mata mengalir jika lagu itu berkumandang.

Adilla mengusap bahu aku..."Dah la Elly.. aku tahu perasaan ko.. walaupun aku tak mengalami..derita ko tetap aku terasa..", sayu aku mendengar kata Dilla.

Sesungguhnya aku tidak kuat lagi untuk tempuh semua ini seorang diri. Ingat lagi semasa aku mendapat berita yang Fikri sudah tiada,
aku pengsan di pejabat. Lama juga aku aku pengsan tak sedar-sedar. Semua itu bagaikan mimpi.

"Dah la pergi mandi..dah busuk dah aku bau badan ko ni..lagi wangi bau kambing.."

"Dilla..dilla..ko memang pandai jaga aku. Aku tabik spring kat ko"

"Sudahla pergi mandi!!!"

"ok ok..tuan.Saya pergi mandi sekarang.. Dilla pinjam sabun..aku punya dah habis..Esok baru gaji..."

"La amik la Elly..tak ada orang melarang.."

Aku mencium pipi Dilla. Terjerit terlolong Dilla kena cium dek aku. Terkedek-kedek aku lari masuk bilik air.

Lepas solat maghrib. Tiba-tiba, telefon bimbitku berbunyi.

Nama Is terpapar..

Dilla dah bersiap nak keluar bersama tunang tersayang. Aku malas nak kacau daun. Jadi aku mengambil keputusan duduk saja di bilik.

"Hello Elly" .

"Hai Is.. baru jumpa dah rindu ke?"Aku sengaja menyakat Is.

"Hehehehe..you ni ada ada je.. you tengah buat apa tu? mengelamun ke?"

"I baru nak bukan novel ni..you dah kacau.."

"Oh you suka novel ke?"

"Tu la aktiviti I.. I memang suka..boleh berangan!"

"Tak habis-habis berangan je kerja you.."

Sama-sama ketawa..

Aku hayut berbual dengan Is. Terasa terubat hati aku yang sunyi ini..

bersambung...

Monday, January 18, 2010

Part 2 : Itulah sinar...

"Hai you...." sapa jejaka itu. Aku tersipu-sipu malu senyum sambil mengelap air peluh aku yang mencurah-curah. Sambil maki hamun dalam hati, siapa suruh kayuh laju-laju tadi. Dah keluar semua peluh! Tak handsome dah muka aku!

"You? I sapa you..tak jawab pun..Sombong lah.. I dah lama perhatikan you tau.." Lembut suara jejaka itu menyapa aku sekali lagi setelah tiada jawapan dari aku.

Oh my god!! perhatikan aku? desis dalam hati. "Err..bukan cuma I terkejut...I tengah cari nafas you datang...". Jawab aku dengan tercungap-cungap. Kesal. Macam tak logik jawapan aku tadi. Malu sendiri.

"Kenapa senyum?" Jejaka itu mencuri khalayan aku. "Tak ada apa-apa. Just ...erm masih lagi terkejut. Ingat siapalah datang tegur I".

"Terkejut? Why? Sebab tengok jejaka hensem macam I ni sapa you ke?". Sambil tersenyum. Bibirnya manis mengukir senyum. Aku terpikat!

"Eeee...perasan juga you ni ya? So buat apa kat sini?"

"I saja jogging ambil angin...You sorang ke?"

"Tak la..dengan my friend Adilla...Eh eh ..you kata you dah lama perhatikan I dari jauh kan? Bila masa pula you usha I ni..?" Aku ingin kan jawapan. Pasti boleh buat aku bahan berangan balik nanti!

"I selalu je usha you lalu depan rumah sewa I...You jalan ternonong-nonong..," katanya sambil ketawa.

"Buruk sangat ke I jalan you?"

"Buruk gila macam orang utan... Tak sangka I, gadis cantik seperti you jalan macam tu..Lain kali jalanla elok-elok..agar nampak lagi manis.."


"Eh you, biar betul? I catwalk apa..."

Aku dan dia ketawa sama-sama. Terasa bahagia datang datang kembali..

Tiba-tiba bahu ku di tepuk. "Sakit lah!! Ko ni agak-agaklah nak tepuk pun.. Ni sampai nak jatuh jantung aku dibuatnya". Marah aku kepada Adilla. Main hentam je nak tegur. Kacau daun sungguh!

"OOooo padanlah ko lambat je..rupanya tengah rancak berborak ya. Kesian aku. Badan dah macam biskut marrie cicah dengan air milo dah". Rungut Adilla.

"Eh kenapa pulak?"

"Ye la..berpeluh la tunggu ko lama sangat". Adilla dah tunjuk muncung sebatu.

"Heh sorry I yang salah. I yang tegur your friend..erm.."

"Elly..". Jawab Adilla acuh tak acuh

"Ya...er.. Elly.." kata jejaka gagap.

"Dah lama borak pun tak tahu nama..pelik aku". Aku sempat menutup mulut si Adilla yang cabul tu.

"Erm..Apa kata kita pergi minum kat gerai Nasi Lemak Panas Pak Wan tu..Boleh kita berborak ". Pelawa jejaka itu.

"Nasi lemak!! Wau..sedapnya!! Aku dah lapar ni Elly..Jom la Elly.. ko belanja eah. Sebab aku tunggu ko lama". Kata Adilla sambil tersengih-sengih.

"Tadi kemain lagi macam singa..ni suruh aku belanja pulak!". Ketawa jejaka itu melihat gelagat kami.

Macam tu lah aku dan Adilla. Macam anjing dengan kucing. Tak ada siapa yang boleh memisahkan kami. Dia lah sahabat ku!

"Ok ok. Apa kata I belanja you all. Jom! Oh ya my name is Iskandar..can call me Is..". Kami berjalan beriringan. Menuju ke tempat sewa basikal. Selepas itu baru kami sama-sama ke gerai Nasi Lemak Panas Pak wan.

"buat susah-susah je yooo...........". Belum aku habis cakap, Adilla da sengkang kaki aku. Nyaris jatuh! Ish Adilla ni, kalau bab makan cepat je..Nasib baik aku sayang ko Adilla. Kalau tak dah lama aku sula. Getus aku dalam hati.

"Boleh boleh.. I lapar sangat..". Dengan nada manja.

Sampai ke gerai Nasi Lemak Panas Pak Wan, aku dan Is mencari tempat duduk. Adilla seperti biasa terus mengadap tempat mengambil nasi lemak.

Aku melihat aksi Is, tersenyum-senyum tengok gelagat Adilla.

"Jom kita ambil nasi lemak pula..." lembut saja kelua dari mulut Is mengajak aku setelah Adilla kembali ke tempat kami.

Aku melihat Is. Caranya ada la sikit ciri-ciri jejaka aku minat. Terpaku bila melihat Is, mengambil rendang limpa..

"Eh you makan limpa ni?"

"Makan la..Fav I. Nape you rasa pelik. Tiap kali I datang sini.. Mesti I ambil redang limpa.."

Tiba-tiba aku teringat seseorang. Seseorang yang telah pergi jauh. Sesorang yang pergi tanpa kerelaan hatinya. Seseorang yang pergi atas kekejaman orang lain...



bersambung...

Wednesday, January 6, 2010

part 1 : Itulah Sinar

Ku dilamun cinta? Apakah ini ianya terjadi? Aku sendiri tidak pasti. Ianya tiba-tiba datang dalam hati kecil aku.Aku tidak boleh menahan lagi perasaan itu. Tidak boleh! Tidak boleh!


Tapi bagaimanakah aku hendak menyatakan perasaan ini. Sedangkan dia tidak tahu perasaan hatiku. Oh Tuhan, perasaan apakah ini?


Tiap kali dia datang kepadaku, tiap kali itu juga jantung aku berdegup kencang. Heh.
Jejaka yang tinggi, putih dan berbadan sasa itu berjaya memikat hati aku di saat aku terlalu memerlukan seseorang.Saat aku rapuh untuk menghadapi semuanya dalam kehidupan ku.


Tapi aku malu hendak menyatakan.. Arghh biarlah. Tapi aku akan rugi.


Fikiran aku berkecemuk. Perlukah aku memikir soal cinta buat masa ini? Sedangkan cinta lah yang boleh membunuh hidupku dulu. Namun, bagi aku cinta bukan penghapus segala.


"Hoii!! Ko ni mengelamun je lah!! Ko fikir apa? Asyik-asyik termenung je. Jom jalan-jalan?" Aku hanya berdiam dengan teguran Adilla. Entah kenapa hati aku sepi.Sepi. "Aku taknak ko jadi macam ni..sudah lah yang pergi takkan kembali". Di saat ini, hati aku rapuh. Akhirnya air mata ku jatuh di hadapan Adilla. "Sudah lah orang tu dah mati..biarlah dia pergi dengan tenang".


"Aku sedih la ila..Sedih sangat. Kenapa tuhan nak tarik dia ketika aku hendak mengecapi bahagia. Kenapa?". Adilla terus memelukku dengan penuh rasa kasih sayang. Bagi aku dia lah sahabat sejati.


"Tu si Adi tu macam nak kat ko je.. Ko taknak ke? Terubat sikit rasa rindu tu..hihi" Adilla cuba membuatkan aku tersenyum. Tapi malang sekali tidak berjaya. "Ok-ok aku main-main je...Eh jom jalan-jalan. Mana tahu boleh usha mamat main bola tu".


Tiba-tiba, mata aku bersinar. Adakah maksud Adilla, lelaki yang tinggi berbadan sasa itu? "Aku suka yang rambut kerinting tu..comel la..yang ko senyum-senyum ni kenapa?" Oh sangkaan ku meleset sekali. Aku malu sendiri dan lega, mana tahu Adilla suka budak laki yang aku minat tu..haish potong stim saja!!


"Tak paham la ko ni..kejap murung,kejap senyum sorang-sorang, gelak sorang-sorang...gila agaknya kawan aku ni". "Ok-ok jom!!" Adilla menggeleng-gelengkan kepala dan menyuruh aku siap.



Aku hanya memakai singlet kuning dan cardigan kelabu, dipadankan dengan jeans lusuh. Cukuplah, tak payah beriya pakai cantik-cantik. Sempat aku sambar topi Esprit. Menutup sikit rambut ku yang panjang dan ikal itu.


"Eh ila..jom naik basikal nak?". "Ala ko ni..asyik-asyik basikal..Aku malas lah nak naik basikal. Susah nak kayuh. Kaki aku pendek, gemuk lak tu". Aku hanya tersenyum lalu pantas mangambil basikal yang di sewa di tasik itu. "Ko tunggu la eah..kejap je".


Tiba-tiba aku nak melepaskan perasaan. Kayuh laju-laju. Sampai di satu tempat aku rasa teramat letih dan tak cukup nafas.Aku berhenti dan berehat sebentar.


Tiba-tiba, aku dengar tapak kaki mendekati aku.Aku toleh dan melihat dengan muka merah dan hidung kembang kempis cari oksigen. Hah!! Jejaka ni lah. Alamak mati lah aku..


bersambung.. :D