Hantaran untuk lelaki sudah siap. Tinggal nak gubah sikit-sikit. Tak sangka pejam celik, si Adilla dah nak kahwin. Tinggallah aku seorang diri. Is banyak menolong untuk persiapan Adilla. Sedikit sebanyak Is telah rapat dengan aku.
Tetapi, aku tetap merahsiakan semuanya apa yang aku rasa daripada Is..Belum masanya untuk aku ceritakan semuanya. Is tak pernah tanya selepas kejadian dia nampak aku di shopping mall tempoh hari. Itulah salah satu sikap yang aku suka dekat Is. Kalau personal memang jarang dia tanya.
"Oit!!Termenung pula dia". Jerkah Adilla.
"Ko ni suka jerkah aku...ko suka buat jantung aku jatuh tau!!" Kami sama-sama gelak. Sungguh terpancar kegembiraan di wajah Adilla. Naik seri.
"Ko tu bila lagi. Dah lama ko berkepit dengan Is tu. Is tu aku tengok seakan arwah Fikri kan? Kadang-kadang melucukan..", kata Adilla.
"Bukan kadang Dilla..selalu..sampai aku tak larat nak layan. Kadang-kadang menyakitkan hati pun ada..dia buat macam aku kawan yang tak ada perasaan..".
"Menyakitkan tulah yang boleh buat sayang......pastu ko memang tak de perasaan, perasaan pada lelaki",kata Adilla sambil ketawa pelahan.
"ooo suka ko mengata aku ya??". Kami ketawa. Is yang berada tak jauh dari situ, terus mendekati nak tahu apa yang terjadi.
"Ha ko tengok?? Kepochi dia tetap ada kan??"
Kami gelak lagi. Is kekeliruan turut gelak dan garu kepala yang tak gatal itu. Lalu, mata kami bertaut..
bersambung...
Thursday, June 10, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)